BANGI: Perikatan Nasional (PN) mendedahkan, menzahirkan sokongan kepada kerajaan dan pengisytiharan harta merupakan antara tujuh syarat memorandum persefahaman (MoU) peruntukkan untuk Ahli Parlimen pembangkang. Sambil menyifatkan kandungan MoU itu sebagai pelik, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya masih berbincang mengenai memorandum tersebut dan akan membuat keputusan pada bulan ini. Dedahnya, memorandum itu juga merangkumi tujuh kandungan antara obligasi dan syarat yang perlu dipenuhi oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang termasuk isu berkaitan agama, kaum dan raja (3R). “Ada juga elemen PN kena sokong kerajaan, sampai tahap memorandum persefahaman ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya