PM New Zealand teruja video bersama Khairul Aming cecah 8 juta tontonan

PM New Zealand teruja video bersama Khairul Aming cecah 8 juta tontonan

Christopher Luxon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon menzahirkan rasa teruja selepas video memasaknya bersama usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming mencecah lapan juta tontonan dalam masa beberapa hari. 

Perkara itu dikongsikan Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, 32, selepas menerima surat penghargaan rasmi daripada Luxon, baru-baru ini. 

Menerusi surat itu, kisah Khairul Aming yang bermula dengan membuat video semasa Covid-19 sehingga menjadi berjaya menjadi usahawan sangat memberi inspirasi. 

Selain itu, katanya, industri pelancongan New Zealand sememangnya menghargai usaha Khairul Aming selepas menonton rakaman di negara itu. 

“Saya tidak ragu-ragu bahawa sejumlah besar kerja keras dan bakat diperlukan untuk membina jenama kamu – sambil kekal begitu tulen dan bersemangat. 

“Terima kasih kerana meluangkan masa daripada jadual sibuk untuk mengajar saya cara membuat roti jala dan cendol, dan kerana menyajikan hidangan tempatan yang begitu lazat.

“Saya mendengar bahawa video anda tentang sarapan pagi menarik lapan juta tontonan di Instagram dalam masa beberapa hari – Syabas! Saya tahu itu adalah pencapaian yang luar biasa,” tulis surat yang dikongsikan di laman X itu. 

Pada masa sama, Khairul Aming berharap, orang ramai mendoakan supaya dia dan pasukannya dapat terus membuat kandungan yang mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya