PM mahu FAM sediakan pelan perancangan, KPI jamin prestasi Harimau Malaya

PM mahu FAM sediakan pelan perancangan, KPI jamin prestasi Harimau Malaya

Anwar (tengah) ketika bertemu kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) -FACEBOOK HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan pelan perancangan dan indeks petunjuk prestasi (KPI) untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, tuntutan Perdana Menteri itu dikemukakan sebagai balasan kepada komitmen kerajaan yang bersetuju memberi peruntukan RM15 juta untuk membantu usaha memperkasakan pasukan kebangsaan termasuk skuad bawah 23 tahun.

Kata beliau, Perdana Menteri memaklumkan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan ekosistem sukan negara dan peruntukan yang disalurkan untuk Harimau Malaya itu tidak akan mengurangkan peruntukan disalurkan kepada sukan-sukan lain.

“Anwar berkata demikian ketika bertemu kepimpinan FAM pada hari ini selain turut menyatakan bahawa peruntukan itu akan dipantau secara berkala oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“KBS akan mendapatkan khidmat bantuan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk melakukan penilaian semula keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) yang dikendalikan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) supaya penambahbaikan boleh dilakukan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan pasukan bola sepak negara.

Anwar berkata, peruntukan sebanyak RM10 juta adalah daripada kerajaan manakala RM5 juta lagi komitmen daripada syarikat swasta khusus untuk kebajikan, latihan dan pengurusan pasukan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN