PM ke Kapit untuk bertemu rakyat, rasmi projek pembangunan

PM ke Kapit untuk bertemu rakyat, rasmi projek pembangunan

ANWAR Ibrahim menyempurnakan Majlis Pecah Tanah projek baharu pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit hari ini. - FACEBOOK PM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAPIT: Lawatan Perdana Menteri ke Kapit, Sarawak memberi fokus pada pertemuan dengan rakyat setempat dan merasmikan projek pembangunan di kawasan parlimen tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Sibu dengan pesawat khas pada 9 pagi tadi untuk lawatan kerja selama sehari.

Beliau disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee; Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman; ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat.

Jadual Anwar di sana dimulakan dengan Majlis Ramah Mesra bersma pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewa Suarah Kapit dan diikuti dengan penyempurnaan Majlis Pecah Tanah projek baharu pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit.

Anwar kemudian akan mendengar taklimat mengenai projek pembinaan jambatan merentasi Sungai Batang Rajang di Nanga Yong, Kapit, sebelum menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Rumah Panjang Daerah Kapit dan Song di Rumah Robert, Nanga Sebatu, Kapit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN