PM akan umum peruntukan pelebaran jalan Pelabuhan Klang - Utusan Malaysia

PM akan umum peruntukan pelebaran jalan Pelabuhan Klang

Pelebaran jalan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Penyelenggaraan dan pelebaran jalan raya terutama Pelabuhan Klang akan menjadi keutamaan pada tahun hadapan dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini sebagai langkah memangkin pertumbuhan ekonomi dari sektor pengangkutan.

Pembangunan tersebut termasuklah penaiktarafan jalan menghubungkan pelabuhan seperti di Pulau Indah, Pelabuhan Klang apabila mutakhir ini mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak menolak perolehan dan pertumbuhan ekonomi meningkatkan pendapatan negara lebih tinggi membolehkan penaiktarafan itu dengan segera.

Menurutnya, kerajaan akan memberi sokongan kepada pembangunan infrastruktur tersebut di kawasan sekitar bagi memastikan Pelabuhan Klang khususnya Pelabuhan Barat (Wesport) terus menjadi pelabuhan utama dengan menduduki lima tangga tertinggi dunia.

“Dengan kemajuan ekonomi pelaburan yang meningkat, saya harap pendapatan lebih tinggi juga dengan pendapatan dari hasil negara melalui kutipan cukai termasuklah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) lebih tinggi mungkin kita dapat menyegerakan dan saya setuju supaya saykita letakkan jalan raya sebagai keutamaan kita dalam merancang pertumbuhan untuk tahun depan.

“Tahap kemalangan yang tinggi, tetapi kos pembinaan juga sangat tinggi sebab itu segera dalam perancangan saya akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kerana ada dalam keupayaan kita untuk menyegerakan pelebaran jalan,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Pembinaan Wesport 2, hari ini.

Sementara itu, ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra bersama Komuniti Westport dan Pelabuhan Klang, beliau memaklumkan penyelenggaraan tersebut melibatkan jalan raya sedia ada di kawasan ini dan akan terus membincangkan perkara tersebut di pejabatnya hari ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan itu hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Westport 2 dan mengunjurkan peningkatan pertumbuhan ekonomi melalui perdagangan antarabangsa selepas menyatakan kerajaan bersikap proaktif dalam mengenalpasti pelaburan-pelaburan baharu.

Katanya, beliau serta kepimpinan lain termasuk Amirudin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz mengadakan lawatan di Rusia, China, walaupun menyedari negara-negara terlibat mempunyai kepentingan politik masing-masing.

“Kita buka ruang-ruang baharu dengan China melalui lawatan dan pertemuan yang dilakukan sendiri Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Anthony loke bersama di China

“Saya juga bersama Amirudin dan kepimpinan lain mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Vladivostok dan melalui BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu).

“Walaupun mempunyai kepentingan politik berbeza umpamanya kalau kerjasama dengan Putin nanti Joe Biden fikir apa pula sebab kita ada perdagangan dengan Amerika Syarikat, sementara China pula mempunyai kuasa ekonomi yang besar. Tetapi kita mencari jalan supaya dapat buka pasaran baharu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya