PETALING JAYA: PKR menafikan satu laporan berhubung parti itu akan menangguhkan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Setiausaha Agungnya, Fuziah Salleh berkata, tiada keputusan sedemikian dibuat sewaktu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 15 September lalu. “Walaupun ada perbincangan serta pandangan dilontarkan, ia hanya perbincangan dan tiada keputusan tuntas. Mesyuarat berpendapat perlu lebih banyak libat urus diadakan di semua peringkat kepimpinan parti sebelum satu-satu keputusan dibuat. “Saya berharap pihak portal berita terbabit bersikap lebih bertanggungjawab pada masa akan datang kerana wartawan itu sudah pun menghubungi saya malam semalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya