Piala Raja Thai: Malaysia raih emas acara regu

Piala Raja Thai: Malaysia raih emas acara regu

MALAYSIA muncul juara acara regu Piala Raja hai 2024-IHSAN PSM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Skuad sepak takraw negara memastikan pingat emas acara regu lelaki pada Kejohanan Piala Raja Thai 2024 menjadi milik Malaysia selepas mudah menjinakkan India 2-0 di perlawanan terakhir liga sepusingan.

Pada aksi yang berlangsung di Terminal 21, Nakhon Ratchasima, Thailand itu, regu negara yang dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam mencatat kemenangan straight set 15-5, 15-9.

Lebih manis, pada edisi kali ini, Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah dalam acara tersebut apabila menang kesemua aksi divisyen premier liga sepusingan itu termasuk menewaskan Singapura (2-0), China (2-0) dan Brunei (2-1).

Bagaimanapun, Malaysia dianggap berdepan laluan mudah dalam acara regu pada edisi kali ini memandangkan pasukan tuan rumah yang juga musuh tradisi skuad negara, Thailand tidak menyertai acara tersebut.

Cabaran sebenar skuad kebangsaan nanti adalah dalam acara berpasukan lelaki yang menyaksikan Thailand akan turun mempertahankan kejuaraan dimenangi pada edisi tahun lalu.

Dalam acara berpasukan nanti, Malaysia diundi dalam saingan Kumpulan C bersama China dan Laos manakala Thailand berada dalam Kumpulan A bersama India dan Jepun.

Selain acara yang melibatkan pasukan lelaki, skuad kebangsaan turut menghantar penyertaan dalam acara berpasukan wanita, quadrant wanita dan campuran divisyen premier.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN