PGSM tawar bantuan guaman kepada mangsa GISB

PGSM tawar bantuan guaman kepada mangsa GISB

MUSA AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menawarkan bantuan guaman dan pemulihan kepada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa Global Ikhwan Serviced and Business Holdings (GISBH).

Presidennya, Musa Awang berkata, bantuan itu melibatkan nasihat guaman syariah, membawa permohonan ke Mahkamah Syariah berhubung pengesahan status nikah, pengesahan status nasab anak-anak, hak penjagaan anak-anak oleh kaum kerabat dan sebagainya.

“PGSM berpandangan semua pihak pada masa ini wajar menghentikan dan menamatkan salah menyalah serta menuding jari sesama sendiri, sebaliknya menumpukan kepada usaha bantuan dan pemulihan khususnya kepada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa GISBH.

“Sehubungan itu, PGSM menawarkan diri untuk bekerjasama dalam usaha membantu proses bantuan dan pemulihan terhadap mangsa-mangsa GISBH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini mendapati GISBH dipercayai masih mengamalkan Aurad Muhammadiyah yang diharamkan pada 1994.

Razarudin turut berkata, sebanyak 280 premis berkait GISBH diserbu PDRM menerusi Fasa 4 Op Global yang bermula pada 21 September lalu.
Melalui Fasa 4 ini katanya, seramai 156 individu terdiri daripada 80 lelaki dan 76 wanita ditangkap manakala seramai 187 mangsa berusia 18 tahun ke bawah diselamatkan.

Mengulas lanjut, Musa berkata, pihaknya juga telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan bagi menyampaikan hasrat berkenaan.

“PGSM berharap usaha murni untuk tujuan bantuan dan pemulihan ini turut mendapat sokongan daripada pihak kerajaan, agensi-agensi yang berkaitan serta Majlis Agama Islam Negeri-negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya