Pesawat MAS Airbus 330-300 ke Incheon berpatah balik

Pesawat MAS Airbus 330-300 ke Incheon berpatah balik

Malaysia Airlines-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH66 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan menggunakan armada Airbus 330-300 dilaporkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Berdasarkan maklumat dipaparkan menerusi aplikasi Flightradar24, pesawat itu dilaporkan berlepas dari KLIA pada pukul 12.01 malam sebelum berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, menerusi komen yang dibuat pengguna laman media sosial di ‘page’ True Malaysia Airlines Fan Group di Facebook mendakwa pesawat itu berpatah balik selepas dua jam berada di udara.

Menurut Jason Cheok, pendarat pesawat itu di KLIA dibuat secara normal tanpa sebarang suasana kecemasan.

“Penumpang kelas perniagaan dan platinum ditempatkan di Hotel Movenpick, manakala selebihnya di Hotel Mercure, Putrajaya dengan sarapan dan makan tengah hari disediakan.

“Mereka akan diambil semula pada pukul 5 petang hari ini dari Hotel Movenpick di mana jangkaan waktu pelepasan (ETD) dijangka pada 8 malam dan dijadual tiba pada pukul 4 pagi Selasa,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang penumpang penerbangan itu, Ameer Mohamad Nor, penerbangan MH66 telah selamat mendarat di KLIA.

“Saya dalam penerbangan itu, kami sudah selamat mendarat. Difahamkan, ia melibatkan masalah berkaitan hidraulik,” katanya.

Utusan Malaysia masih menunggu kenyataan daripada MAS berhubung kejadian berkenaan.

Sebelum ini, penerbangan Malaysia Airlines MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Alice Springs akibat masalah enjin di udara.

Tiga penerbangan Malaysia Airlines sebelum ini juga membuat pendaratan kecemasan.

Pada 4 Ogos, sebuah penerbangan Malaysia Airlines yang membawa 259 jemaah umrah menuju ke Jeddah berpatah balik ke KLIA disebabkan masalah teknikal sejurus selepas berlepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya