Pesara tentera maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pesara tentera maut kemalangan

KEADAAN kereta Proton Saga Iswara dipandu Rohizab Rahman yang bertembung dengan sebuah Honda City di Jalan Baling-Pengkalan Hulu, berhampiran simpang tiga Kampung Rambong, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang pesara tentera maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Baling-Pengkalan Hulu, berhampiran simpang tiga Kampung Rambong, di sini tengah hari semalam.

Kemalangan kira-kira 1 tengahari itu menyebabkan mangsa, Rohizab Rahman, 66, beralamat di Taman Nilam, Sungai Petani meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintenden Charan Ai Wan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Saga Iswara dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan kereta Honda City.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta mangsa telah masuk ke laluan bertentangan menyebabkan pemandu kereta Honda City tidak sempat mengelak lalu bertembung di bahagian hadapan kereta mangsa.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit di tempat duduknya manakala pemandu dan penumpang hadapan Honda City mengalami kecederaan ringan sebelum dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Charan berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN