Pesara jururawat rugi RM1.9 juta akibat terpedaya pelaburan - Utusan Malaysia

Pesara jururawat rugi RM1.9 juta akibat terpedaya pelaburan

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang warga emas kerugian lebih RM1.9 juta setelah dipercayai tertipu dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di YouTube menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan antarabangsa, Capital Dynamic.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintenden Loi Yew Lik berkata, mangsa berusia 76 tahun dan masih bujang itu merupakan pesara jururawat yang pernah berkhidmat di Sydney, Australia.

“Mangsa berhubung dengan individu yang mendakwa sebagai wakil syarikat itu. Dia diberikan penerangan mengenai pelaburan tersebut melalui kelas dalam talian yang dikelolakan pihak syarikat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Yew Lik, wanita tersebut kemudiannya mula membuat bayaran modal berjumlah RM100,000 pada 17 Jun lalu.

“Selepas itu, mangsa terus membuat 19 transaksi dengan nilai keseluruhan RM1.9 juta. Tetapi dia langsung tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan dalam masa sebulan.

“Mengesyaki telah ditipu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jitra, dekat sini pada pukul 12.37 tengah hari, semalam,” katanya.

Tambahnya, siasatan polis mendapati pelaburan disertai wanita tersebut adalah palsu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan lumayan agar tidak menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya