Pertandingan 'Siputrace' meriah - Utusan Malaysia

Pertandingan ‘Siputrace’ meriah

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertandingan 'Siputrace' di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Seorang kanak-kanak membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 apabila menjadi juara dalam pertandingan ‘Siputrace’ di tapak perniagaan Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA) di Pantai Tok Jembal, di sini, malam tadi.

Muhammad Ar Rayyan Saharuddin, 11, dari Kampung Tok Jembal, di sini, menjadi juara dalam pertandingan lumba siput itu setelah menewaskan 186 peserta yang lain.

Katanya, dia menyertai pertandingan itu hanya untuk mencuba nasib dengan mempertaruhkan empat ekor siput yang dibeli dengan harga RM2.

“Tak sangka pula siput saya tu bergerak dengan laju meninggalkan siput yang lain dan membawa tuah kepada saya.

“Alhamdulillah, seronok sangat kerana dapat durian runtuh malam ini dan wang itu saya akan simpan untuk kegunaan masa depan,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Dalam pertandingan itu, semua peserta bebas untuk memilih apa sahaja jenis siput sebagai taruhan termasuk siput babi, siput gondang, siput buluh dan siput belitung.

Sementara itu, penganjur pertandingan, Muhammad Yusri Muda berkata, acara tersebut diadakan hanya untuk mengisi masa lapang dan hiburan santai masyarakat setempat.

“Sebelum ini, tular di Tik Tok mengenai seorang individu yang membuat pertandingan lumba siput dan mendapat perhatian dari rakyat Malaysia.

“Jadi, saya fikir apa salahnya kita anjurkan pertandingan sama untuk sekadar suka-suka dengan mengadakan pertandingan secara ‘live’,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya