Pertahan fakta sejarah kurangkan polarisasi kaum, ideologi politik - Utusan Malaysia

Pertahan fakta sejarah kurangkan polarisasi kaum, ideologi politik

Fakta sejarah
AHMAD Zahid Hamidi bersama-sama meletakkan tangan atas miraball sebagai simbolik perasmian Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Fakta sejarah perlu dipertahankan, dihayati serta tidak sewenang-wenangnya dimanipulasi sehingga mencetuskan perbalahan akibat perbezaan ideologi yang menyentuh isu-isu sensitif termasuk perkauman, institusi diraja dan agama (3R).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dibimbangi apabila media sosial menjadi pelantar yang sangat luas sehingga mencetuskan perbezaan antara penyelidik serta ahli politik berdasarkan analisis peribadi.

“Ia harus objektif, sejarah adalah fakta, bukannya memanipulasi kepada fakta. Contohnya, polarisasi perkauman dan politik yang berlebihan membalingkan bibit-bibit kebencian yang melampau hingga melupakan fakta sejarah yang sebenarnya harus dibendung dengan segera.

“Justeru, sejarah harus diadaptasikan dan dimurnikan dalam arus peredaran semasa, melupakan perbezaan warna-warna yang diladani, dilayari dengan cara-cara berbeza mengikut perspektif yang lebih objektif tidak kepada kumpulan-kumpulan yang kecil,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024, hari ini.

Tambahnya, kerajaan memandang serius perkara tersebut dan memastikan Majlis Sejarawan Negara diangkat sebagai autoritatif paling unggul untuk menentukan sejarah negara mesti ditulis berdasarkan fakta dengan mengenepikan sebarang perbezaan dalam warna-warna ideologi politik.

Jelas Ahmad Zahid, kerajaan juga menyarankan supaya jawatankuasa tersebut memainkan peranan menangani isu-isu penyelewengan fakta sejarah yang selama ini menimbulkan perspektif negatif dan berisiko menggugat kestabilan serta keharmonian perpaduan rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pegawai-pegawai tinggi kerajaan khususnya mereka yang terlibat dalam pembuatan kertas-kertas dasar supaya mengadakan libat urus dengan penyelidik dan tokoh-tokoh sejarah.

“Ramai tokoh-tokohnya dihadapan ini, semasa mereka (masih) ada untuk kita garap bukan hanya apa yang tersurat, tetapi tersirat supaya generasi akan datang dapat mengetahui apa sebenarnya suatu perkara itu sudah menjadi bahan tetapi mesti ada latar belakang yang berbeza.

“Kerajaan juga ingin menyarankan Arkib Negara mestilah terhadapan dalam memberikan pemahaman tentang sejarah negara kepada rakyat bukan hanya setakat ‘hari ini dalam sejarah’,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya