Permohonan, cetakan Mykad hanya dibuat di Malaysia - Utusan Malaysia

Permohonan, cetakan Mykad hanya dibuat di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di negara ini.

JPN dalam kenyataan berkata, penegasan itu susulan tular sebuah video di aplikasi TikTok yang mendakwa terdapat projek cetakan MyKad dilakukan di luar negara.

Menurutnya, bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara juga perlu kembali ke Malaysia sama ada untuk membuat permohonan MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara,” katanya hari ini.

JPN berkata, sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN