Perkembangan Black Hawk, Oktober ini 

Perkembangan Black Hawk, Oktober ini 

Mohamed Khaled dalam sidang akhbar Majlis Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui bulan hadapan.

“Kita tunggu Oktober,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ringkas dalam sidang akhbar Majlis Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin di sini, hari ini.

Kilang biofarmaseutikal sulung negara oleh Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) itu adalah dengan kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan (Mindef) memberi tempoh kepada pihak pembekal sehingga Oktober ini untuk memenuhi penghantaran empat Black Hawk.

Ogos lalu, Khaled berkata, Mindef sudah mendapat maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) berkaitan cadangan pembatalan kontrak sewaan Black Hawk untuk TDM.

Mindef turut dilaporkan akan membuat penilaian menyeluruh terhadap perjanjian pajakan empat helikopter Black Hawk, sebelum menentukan langkah seterusnya sama ada membatalkan kontrak atau memberikan masa tambahan kepada pembekal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN