Perkara baik sepatutnya kita raikan - Lah Ahmad - Utusan Malaysia

Perkara baik sepatutnya kita raikan – Lah Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Lah Ahmad, 44, berharap masyarakat tidak menjatuhkan hukum kepada mana-mana penyanyi genre muzik lain yang menyanyikan lagu ketuhanan.

Katanya, usaha itu sepatutnya disokong dan diteladani ramai pihak, bukan dipersoalkan atau dikritik.

“Tak salah kalau misalnya, penyanyi genre R&B mahu bawakan lagu ketuhanan.

“Macam saya, berjinak-jinak dengan lagu ketuhanan pada 2012. Tapi kalau menyanyi di majlis perkahwinan, saya bawa lagu R&B sebab ada permintaan.

“Perkara baik sepatutnya kita raikan. Jangan pula kita persoal.

“Berikanlah sokongan. Kita pun dapat tumpang keberkatan daripada itu,” katanya.

Lah berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran album Qasidah Qalbu terbitan Inteam Records, baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Abdullah Ahmad ini dalam pada itu tidak menafikan hala tuju muziknya sedikit berubah selepas berhijrah.

“Lagu-lagu saya sekarang ini pun tak banyak yang seperti dulu. Lebih kearah yang mengandungi mesej kasih sayang dan kekeluargaan.

“Tapi saya tidaklah pula memilih genre, sama ada yang itu atau ini. Kalau ada permintaan bawa genre lain, saya lunaskan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya