Perdana Menteri dijadual hadiri Mesyuarat MA63 di Sabah esok - Utusan Malaysia

Perdana Menteri dijadual hadiri Mesyuarat MA63 di Sabah esok

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Sabah malam ini bagi lawatan kerja dua hari.

Beliau dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang akan diadakan pada pukul 2.30 petang esok.

Mesyuarat tersebut akan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pada pukul 9.30 pagi esok, Perdana Menteri akan merasmikan Karnival Segalanya Felda yang akan diadakan di Felda Sahabat Lahad Datu.

Sebelum itu, beliau akan turut menghadiri majlis makan malam kerajaan negeri Sabah yang akan diadakan di Magellan Sutera Harbour malam ini.

Ini adalah lawatan keempat Perdana Menteri ke Sabah pada tahun ini dan lawatan terakhirnya pada 4 Ogos lalu sempena Himpunan Perdana Rakyat anjuran PKR Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya