Perak FC akan selesaikan tunggakan gaji bekas kakitangan - Utusan Malaysia

Perak FC akan selesaikan tunggakan gaji bekas kakitangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC akan menyelesaikan tunggakan gaji bekas pekerjanya secepat mungkin.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, kelab itu serta pemiliknya XOX Berhad sedang memantau bersama keadaan itu.

“Kami sedang memantau keadaan itu dan menangani masalah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Azim mengulas permintaan bekas penganalisis prestasi pasukan Perak FC, Muhammad Azim dalam Facebook yang meminta kelab segera menyelesaikan baki tunggakan gajinya .

Menurutnya, kelewatan pembayaran baki dua bulan setengah gaji bekas penganalisis pasukan itu bukan disengajakan.

Katanya, Perak FC menghadapi beban kewangan kerana menanggung hutang termasuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Bagaimanapun kami sedang membuat bayaran secara ansuran, ” katanya.

Katanya, masalah kewangan adalah isu asas dalam perniagaan.

“Sehingga aliran kewangan kumpulan kelab pulih dan dapat bertahan dengan saingan harga, pasukan akan terus hadapi masalah,” katanya.

Persembahan ‘yo-yo’ pasukan setakat ini adalah antara faktor menjejaskan kantung Perak FC.

Pengerusi kelab itu berharap isu itu tidak gembar-gemburkan dan diperbesarkan kerana ia hanya kecil berbanding pasukan lain.

“Perak FC tidak menghadapi masalah bayar gaji pemain,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya