Penunggang p-hailing terima 30 jahitan akibat dilibas parang.

Penunggang p-hailing terima 30 jahitan akibat dilibas parang.

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mengalami luka di tangan kiri akibat diserang dua lelaki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang penunggang p-hailing menerima 30 jahitan di tangan kiri akibat dilibas dengan parang oleh dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian samun di Dengkil awal, pagi Ahad lalu.

Mangsa berusia 33 tahun terpaksa menerima rawatan selama tiga hari kerana mengalami kecederaan urat tangan putus.

Berdasarkan laporan polis dibuat oleh mangsa, kejadian berlaku kira-kira 12.40 tengah malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di lingkaran Cybersouth, di sini.

Mangsa mendakwa, dia didekati dua lelaki dengan menaiki sebuah motosikal yang tiba-tiba menyerang dan melibasnya dengan senjata tajam sebelum melarikan diri.

Selain itu, mangsa juga mendakwa salah seorang penyerang cuba menarik beg silangnya namun, tidak berjaya dan mangsa kemudian menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Aznan Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Dengkil semalam dan siasatan awal mendapati, ia membabitkan kes cubaan samun.

“Setakat ini, suspek belum ditangkap,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mengalami luka di tangan kiri akibat diserang dua lelaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN