Penunggang motosikal maut bertembung kereta Penunggang motosikal maut bertembung kereta

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal  maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangi  merempuh sebuah kereta di Jalan Kuala Lumpur – Ipoh, Taman Emas Batu 30, Batang Kali, Selangor pada pukul 9.30 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Asri Mohd Yunus berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan maut itu  berlaku ketika mangsa  memotong sebuah kenderaan.

“Motosikal jenis Yamaha LC itu kemudian masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Ativa.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal yang berusia 36 tahun tersebut disahkan meninggal di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN