Penulis blog, Raja Petra Kamarudin telah meninggal dunia

Penulis blog, Raja Petra meninggal dunia

RAJA PETRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penulis blog, Raja Petra Kamarudin dilaporkan telah meninggal dunia di United Kingdom (UK) semalam.

Perkara itu disahkan oleh anak beliau, Raja Sara Petra kepada Utusan Malaysia.

“Ya betul, ayah saya meninggal,” katanya.

Terdahulu, berita pemergian Raja Petra dimaklumkan oleh beberapa pemimpin politik sambil mengiringi ucapan takziah.

“Mendapat khabar duka dari Manchester, UK mengenai pemergian Raja Petra Kamarudin pada 9 September jam 11:26pm waktu UK.

“Semoga Allah merahmati roh beliau serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang sering menjadi kontroversi.

Raja Petra telah menetap di Manchester selama beberapa tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya