Penolong pegawai Perubatan, empat jururawat ditahan kemuka tuntutan palsu

Penolong pegawai Perubatan, empat jururawat ditahan kemuka tuntutan palsu

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang penolong pegawai perubatan dan empat jururawat ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir  palsu bernilai kira-kira RM146,000.

Mereka yang terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita berusia 30-an itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah  pada pukul 9.40 pagi tadi  ketika hadir memberi keterangan..

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek yang terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja lebih masa dari tahun 2020 hingga 2021 sedangkan perkara tersebut tidak dilaksanakan,” kata satu sumber..

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, selepas keterangan kesemua suspek diambil mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh pada 12 September 2024 (Khamis) di Mahkamah Sesyen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya