Penjawat awam rugi RM92,000 diperdaya pelaburan palsu - Utusan Malaysia

Penjawat awam rugi RM92,000 diperdaya pelaburan palsu

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang penjawat awam kerugian lebih RM92,000 akibat terpedaya dengan skim pelaburan palsu yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lelaki itu membuat laporan polis selepas menyedari skim yang ditawarkan itu sebenarnya tidak wujud di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada Sabtu lalu

“Mangsa mendakwa telah menerima tawaran skim pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan menerusi aplikasi Telegram yang menarik minatnya hingga menyebabkan mangsa membuat pindahan wang dengan jumlah keseluruhan RM92,228.

“Mangsa mendakwa telah membuat pindahan wang sebanyak sembilan kali transaksi ke lapan akaun yang berbeza,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hanyan berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tegas Hanyan, orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dalam skim pelaburan yang ditawarkan menerusi media sosial.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan dengan menghubungi talian 997 hotline Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebelum membuat sebarang transaksi pemindahan wang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN