BATAM: Seorang penjawat awam berusia 34 tahun dari Sekupang diberkas oleh pihak polis atas kesalahan merogol anak tirinya.
Ketua Polis Sekupang, Benhur Gultom berkata, tertuduh ditahan di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim, semalam, dengan bantuan isterinya.
“Mangsa berusia 12 tahun dan hasil soal siasat mendapati perbuatan cabul dilakukan berulang kali.
“Suspek malah mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kes rogol itu kepada ibunya,” katanya.
Penangkapan suspek mengejutkan jiran tetangga termasuk rakan sekerjanya kerana dia merupakan pegawai kerajaan di Jabatan Kerja Raya Bandar Batam. -AGENSI