Penjawat awam meninggal dunia ketika daki Bukit Besar - Utusan Malaysia

Penjawat awam meninggal dunia ketika daki Bukit Besar

ANGGOTA pasukan perubatan memberi rawatan ke atas seorang lelaki setelah secara tiba-tiba sesak nafas dan tidak sedarkan diri ketika mendaki Bukit Besar, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang juga penjawat awam meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika mendaki Bukit Besar di sini, hari ini.

Ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa berusia 50-an melakukan aktiviti riadah bersama anak perempuannya dengan mendaki laluan belakang bukit berkenaan.

Isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menerima panggilan daripada anaknya itu yang memberitahu mangsa tiba-tiba sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

Pihak berkuasa yang mendapat maklumat kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya