Penjawat awam disyaki salah guna kuasa projek bekal keperluan logistik sekolah RM270,000

Penjawat awam disyaki salah guna kuasa projek bekal keperluan logistik sekolah RM270,000

Penjawat awam disyaki salah guna kuasa projek bekal keperluan logistik sekolah RM270,000 ditahan reman SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan barang-barang keperluan logistik sekolah daripada syarikat milik suaminya berjumlah kira-kira RM270,000.

Menurut sumber, suspek ditahan sekitar pukul 7 malam semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2022.

“Suspek yang bertugas di sebuah sekolah di sekitar Lembah Klang dipercayai telah menggunakan jawatannya bagi membantu mendapatkan kerja-kerja pembekalan barang-barang keperluan logistik sekolah daripada syarikat milik suaminya berjumlah kira-kira RM270,000,” katanya.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 10 September 2024 terhadap suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN