Peniaga wanita maut dihempap pokok - Utusan Malaysia

Peniaga wanita maut dihempap pokok

KEADAAN mayat Saleha Ashaari setelah dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat di Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang peniaga wanita maut dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini, kira-kira pukul 6.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa dikenali sebagai Saleha Ashaari, 49, merupakan warga Kemboja dan bertaraf penduduk tetap meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di kepala.

“Ketika kejadian, hujan lebat baru sahaja berlaku dan mangsa yang sedang berniaga di bawah payung secara tiba-tiba dihempap sebatang pokok berhampiran tempat dia berniaga.

“Mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Hanyan berkata, kejadian hujan lebat dan angin kencang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok di lokasi kejadian turut tumbang menghempap beberapa buah kenderaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN