Peniaga kosmetik terlibat pelaburan 'kutu' disambung reman - Utusan Malaysia

Peniaga kosmetik terlibat pelaburan ‘kutu’ disambung reman

SEORANG peniaga kosmetik (tengan) yang didakwa terlibat dalam pelaburan 'kutu' di bawa di Mahkamah Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang peniaga kosmetik yang didakwa terlibat dalam pelaburan ‘kutu’ sehingga mengakibatkan mangsa terlibat mengalami kerugian sebanyak RM151,945 disambung reman tiga hari lagi.

Perintah reman sehingga Ahad depan itu dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Besut, Tuan Ahmad Fadhli Mahmud.

Selasa lalu, seorang peniaga kosmetik ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam pelaburan ‘kutu’ sehingga mengakibatkan mangsa terlibat mengalami kerugian sebanyak RM151,945.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek yang merupakan seorang wanita berumur 31 tahun ditangkap di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, Selasa lalu, kira-kira pukul 10 malam .

Menurut beliau, tangkapan itu dilakukan sejurus pihaknya menerima 17 aduan daripada mangsa-mangsa yang terlibat.

“Modus operandi yang digunakan oleh suspek dengan menawarkan pelaburan kutu yang memberi keuntungan besar memuat naik status pelaburan itu di WhatsApp untuk memperdayakan mangsa,” ujarnya. ‘ UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN