Peniaga didakwa hina agama Islam disiasat - Utusan Malaysia

Peniaga didakwa hina agama Islam disiasat

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis mengambil keterangan pemilik sebuah akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Lau Peter Lau’ bagi membantu siasatan selepas dipercayai menghina agama Islam di laman sosial Facebook, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya telah menerima empat laporan polis terhadap lelaki yang merupakan seorang peniaga itu selepas dipercayai membuat komen menghina agama di sebuah hantaran Facebook milik individu lain, sejak Rabu lalu.

“Kita telah mengenal pasti pemilik akaun dan individu itu telah dipanggil memberi keterangan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.

“Siasatan terperinci berhubung isu ini sedang dijalankan dan kita juga akan merujuk kes ini kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Hanyan berkata, kes disiasat di bawah Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia.

“Orang ramai dinasihatkan tidak sewenangnya menyentuh sebarang isu sensitiviti melibatkan perkauman dan keagamaan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial beberapa tangkap layar hantaran komen pengguna akaun Facebook Lau Peter Lau yang dikatakan menghina agama Islam.

Tangkap layar yang dikongsi warganet itu mendatangkan reaksi negatif dan kemarahan masyarakat terutamanya penduduk di daerah ini yang mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN