Pengundi DUN Mahkota dibenar daftar lewat ke universiti

Pengundi DUN Mahkota dibenar daftar lewat ke universiti

ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahasiswa baharu yang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota diberi kelonggaran untuk mendaftar lewat ke universiti awam (UA) masing-masing sehingga 29 September ini. 

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota yang berlangsung pada 28 September. 

“Bagi menghormati hak mengundi seperti tertakluk dalam perlembagaan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberikan kelonggaran kepada mahasiswa baharu yang mengundi di PRK DUN Mahkota untuk mendaftar lewat ke UA masing-masing sehingga 29 September 2024 (Ahad). 

“Ketetapan dibuat hasil perbincangan KPT bersama 12 UA sebagai usaha memberi kemudahan untuk mahasiswa baharu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi memilih wakil rakyat iedi kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Menurut Zambry, pelajar baharu yang terlibat boleh berhubung terus dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UA masing-masing dan memaklumkan tentang status sebagai pengundi di PRK DUN Mahkota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya