Penggantian rumput padang Stadium Perak siap Mei 2025 - Utusan Malaysia

Penggantian rumput padang Stadium Perak siap Mei 2025

RUMAIZI Baharin (kanan) menyertai Program Hari Cuci Malaysia 2024 di Dataran Bandaraya Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerja-kerja menggantikan rumput padang Stadium Perak dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun depan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, selain proses penggantian rumput padang, ia turut melibatkan sistem perparitan di stadium tersebut.

Menurutnya,  proses tersebut dilakukan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melalui kontraktor yang dilantik.

“Kerja-kerja penggantian rumput akan dimulakan November ini dan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk disiapkan.

“Selain rumput, kita juga mungkin akan melakukan kerja-kerja melibatkan sistem perparitan namun mungkin melibatkan skala kecil dan peruntukan adalah atas tanggungan MBI sendiri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Hari Cuci Malaysia 2024 di Dataran Bandaraya Ipoh di sini, hari ini.

Januari lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menawarkan geran RM500,000 bagi kerja-kerja penggantian rumput padang di 14 stadium negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Perak menjadi antara negeri yang bersetuju menggunakan geran berkenaan.

Langkah tersebut menyebabkan Perak FC bakal mengharungi baki saingan Liga Super musim ini di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Lumut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya