Pengawal keselamatan sekolah dituduh bunuh rakan sekerja - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan sekolah dituduh bunuh rakan sekerja

Bunuh rakan sekerja
WAN Shahrizan Wan Kadir tiba di Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan bunuh rakan sekerjanya, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pemuda bekerja sebagai pengawal keselamatan berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret hari ini selepas dituduh membunuh rakan sekerjanya, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan, namun lelaki berusia 26 tahun itu mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Shahrizan Wan Kadir, dituduh membunuh Raja Azman Raja Abdul Tahir, 43, dekat pondok pengawal keselamatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sabak Bernam, Sabak Bernam antara pukul 2.30 hingga 4 pagi, pada 15 September lalu.

Justeru, dia dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 13 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala Peguam Mohd. Azali Ibrahim mewakili tertuduh.

Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes pada 4 Disember depan.

Sebelum ini seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah dilaporkan dibunuh selepas mayatnya ditemui di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam.

Pemeriksaan lanjut kemudian menemui mayat mangsa yang cedera akibat ditikam dan dikelar dalam but kereta berkenaan.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan pada 17 September lalu di rumahnya sekitar Sabak Bernam dengan hasil siasatan lanjut mendapati motif pembunuhan dipercayai masalah peribadi dan hutang.

Penahanan itu membawa kepada rampasan pelbagai barangan termasuk tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya