Pengarah pasar mini jual beras tempatan mahal didakwa - Utusan Malaysia

Pengarah pasar mini jual beras tempatan mahal didakwa

MOHD. Nazir Sufi @ Hashim (tengah) yang didakwa mengelirukan pengguna menjual beras tempatan pada harga lebih mahal di Mahkamah Sesyen Besut, hari ini. - UTUSAN/ WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang pengarah sebuah psar mini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pendakwaan mengelirukan pengguna dengan menjual beras tempatan pada harga lebih mahal daripada tanda harga dipamerkan pada tahun lalu.

Orang kena saman (OKS), Mohd. Nazir Sufi @ Hashim, 37, yang merupakan Pengarah KFA & KME Group Sdn. Bhd. (KFA & KME Group) membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Nazir didakwa cuba mengelirukan pengguna dengan menjual beras Faiza Emas Super Special Tempatan 10 kilogram (kg) pada harga RM31.50 sedangkan tanda harga dipamerkan RM26.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan OKS di premis perniagaannya yang terletak di Kampung Amer di sini pada pukul 6.35 petang, 20 September 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Fadli membenarkan Mohd. Nazir dibebaskan dengan wang jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan sebutan semula kes bagi keputusan jatuh hukum pada 22 Oktober depan.

Sebutan pertama bagi dua lagi pengarah KFA & KME Group merupakan pasangan suami isteri yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci juga ditetapkan pada tarikh tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN