PETALING JAYA: Bekas Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain meninggal dunia pukul 6.37 pagi tadi, di Thomson Hospital Kota Damansara.
Berita mengenai pemergian Ahmad Atory dikongsi anak Allahyarham, Nurul Ainun menerusi hantaran di Facebook.
“Dimaklumkan bahawa ayah, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain kembali menemui Penciptanya.
“Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.
Ahmad Atory, 73, yang merupakan penganalisis politik terkenal di negara ini berkhidmat di USM sebagai pensyarah selama tujuh tahun, dari 2008 hingga 2015.-UTUSAN