Penebar roti canai hidap kanser usus hilang pendapatan

Penebar roti canai hidap kanser usus hilang pendapatan

AMAR Anuar (kiri) dan Amir (kanan) menjaga kebajikan Aryati Talib (tengah) selepas menjalani pembedahan kanser usus tahap empat di Perumahan Simpang Ibul Tunggal, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang wanita pene­bar roti canai dari Perumahan Simpang Ibul Tunggal, Pulau Tawar di sini hilang punca pendapatan selepas disahkan menghidap penyakit kanser usus tahap empat, April lalu.

Wanita berkenaan, Aryati Talib, 52, berkata, dia kehila­ngan pendapatan RM200 sehari sebagai peniaga roti canai kerana terpaksa menutup perniagaan diusahakannya sejak 10 tahun lalu.

“Melihat keadaan darah ketika membuang air besar, saya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk membuat pemeriksaan pertama dan kali kedua baharulah doktor mengesahkan kanser usus tahap empat dan perlu pembedahan.

“Apabila doktor memberitahu mengalami penyakit ini, saya berasa dunia ini kelam dan tidak tahu hendak mengadu kesusahan ini kepada siapa lagi hanya berdoa kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut ibu tunggal itu, dia hanya ditemani dua anak kembarnya, Amar dan Amir Anuar yang berusia 26 tahun menjaga kebajikannya yang kini cuma terlantar di atas katil selepas pembedahan membuang kanser usus dan kemudiannya mema­kai beg stoma.

Cerita Aryati lagi, dia sudah menjalani pembedahan membuang usus yang mengalami kanser pada 4 Jun lalu dan tinggal untuk rawatan lanjut selama seminggu di hospital tersebut.

“Penyakit tersebut juga dikesan oleh doktor merebak ke beberapa bahagian anggota tubuh saya dan pada 5 Julai lalu, sekali lagi saya menjalani sekali lagi pembedahan membuang benjolan di bahu sebelah kiri yang juga dipercayai kanser.

“Selepas pembedahan dan sehingga ini saya berulang alik seminggu sekali ke Hoshas, Temerloh untuk menjalani rawatan susulan dan kimoterapi,” katanya.

Menurutnya, sejak berulang alik seminggu sekali ke Hoshas, dia sudah membelanjakan wang simpanan kira-kira RM15,000 untuk pengangkutan, menyediakan beg stoma, lampin pakai buang, susu tepung dan beberapa keperluan kebajikan lain.

Katanya, dia perlu menyedia­kan beg stoma membabitkan kos RM200 sebulan, susu te­pung RM1,000, lampin pakai buang, tisu basah dan menyedia­kan barang keperluan dapur untuk anak, bil elektrik serta air.

Menurutnya, kebajikannya termasuk pergerakan ke bilik air kini dijaga bergilir-gilir oleh anak kembar lelakinya yang ma­sih belum bekerja selepas tamat pengajian teknikal dan vokasio­nal di Institut

Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan.

“Saya berharap ada pihak berwajib dan para dermawan yang dapat membantu meri­ngankan beban perbelanjaan serta kesusahan ini. Namun, saya reda dengan ujian Allah SWT dan berharap supaya pe­nyakit ini akan pulih,” katanya.

Orang ramai dan para dermawan yang ingin beramal jariah boleh menghubungi Aryati menerusi talian 0132928664 atau anaknya, di talian 01039­74388 (Amar) atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 0699541100130265. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN