Penduduk rayu pindahkan tapir ‘sesat’ di Kampung Putu

Penduduk rayu pindahkan tapir ‘sesat’ di Kampung Putu

TAPIR betina kelihatan melintas jalan kampung ketika terserempak dengan kenderaan di Kampung Putu di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Sudah lebih dua bulan seekor tapir betina dilihat menjadikan Kampung Putu di sini sebagai habitat di kebun milik penduduk di situ.

Ketua kampung, Shafei Ibrahim berkata, sebelum ini tapir betina tersebut mempunyai seekor anak, tetapi sejak bulan lalu tidak kelihatan lagi, kemungkinan mengikut kawanan lain.

“Kehadiran tapir betina ke sini kemungkinan kampung ini banyak sayur kangkung yang hidup subur di halaman dan belakang rumah. Jadi, tapir terus menetap di sini selain buah-buahan yang gugur ke tanah seperti cempedak, nangka, rambutan, ciku dan langsat.

“Bukan sahaja kelihatan pada siang hari malah waktu malam haiwan liar ini berada berdekatan rumah kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut Shafie, dia dan penduduk di situ kerap terserempak dengan tapir ketika ke belakang rumah pada waktu petang dan malam, tetapi haiwan liar itu bingkas beredar ke tempat lain dan kemudian datang semula.

“Banyak kali haiwan liar ini menghampiri belakang rumah saya pada waktu petang dan malam makan kangkung dan ubi tanpa mempedulikan suara jiran bercakap.

“Kebanyakan penduduk kerap kali terserempak dengan haiwan liar ini. Melihat kehidupan haiwan liar di sini seolah-olah (tapir) ini tidak ada tempat lain untuk merayau mencari makanan,” katanya.

Bagi pelajar, Shazwani Afifah, dia kerap terserempak dengan tapir itu melintas jalan ketika pulang dari sekolah.

“Kadang-kadang pada waktu petang menjelang maghrib, haiwan liar ini berada di belakang rumah saya sambil mencari makanan dan tidak mendengar walaupun saya menjerit beberapa kali,” katanya.

Ujarnya, dia berharap pihak berwajib dapat menangkap tapir itu dan ditempatkan di hutan lain sebagai habitat baharu bertujuan untuk pembiakan berikutan spesies tersebut yang hampir pupus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya