Penduduk berbusana Melayu sertai perarakan Maulidur Rasul Penduduk berbusana Melayu sertai perarakan Maulidur Rasul

Penduduk berbusana Melayu sertai perarakan Maulidur Rasul

SEBAHAGIAN penduduk berbusana Melayu menjayakan perarakan sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Al Jalil Mukim Kasar, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Sebahagian daripada 300 penduduk berbusana Melayu menjayakan perarakan sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Al Jalil Mukim Kasar di sini hari ini.

Imam Muda masjid berkenaan Syed Abu Amru Syed Kamaruzaman berkata, perarakan yang julung kali diadakan itu melibatkan  penduduk kampung yang mewakili 14 madrasah di Mukim Kasar.

“Hari ini kami berarak sambil berselawat memuji Rasulullah dengan mengeliling lima buah kampung.

“Ini merupakan tanda kecintaan kita semua kepada Nabi Muhammad,” katanya di temui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syed Abu Amru memberitahu, sambutan tersebut bertujuan memupuk semangat cintakan Rasulullah dalam kalangan generasi muda.

Katanya, beliau berharap semangat cintakan Rasullah dapat terus disemarakan sepanjang masa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN