‘Pendekar Awang’ belum bersedia ceraikan ‘Sayang’

‘Pendekar Awang’ belum bersedia ceraikan ‘Sayang’

FATTAH Amin telah mengemukakan beberapa cadangan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya dengan isterinya, Nur Fazura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon Fattah Amin telah mengemukakan beberapa cadangan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya dengan isterinya, Nur Fazura.

Ia sekali gus menunjukkan Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, belum bersedia untuk melepaskan wanita yang menjadi suri hati­nya sejak tujuh tahun lalu.

“Defendan iaitu Fattah masih belum bersedia atau belum bersetuju bercerai secara baik.

“Ini kerana pihak-pihak da­lam kes ini sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan cara baik isu-isu semasa perkahwinan, sekiranya berlaju perceraian.

“Jadi perkara-perkara tersebut adalah perlu untuk pihak-pihak memuktamadkan terlebih dahulu agar pihak-pihak selepas ini tidak perlu untuk memanjangkan apa-apa perkara yang belum selesai.

“Semoga terma-terma penye­lesaian boleh dimuktamadkan dan Fattah akan nyatakan pendiriannya pada 7 Oktober nanti sama ada bersetuju untuk bercerai secara baik (atau sebaliknya),” kata peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Pendekar Awang itu.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan filem terakhir lakonan pasangan itu yang mana Fattah meme­gang teraju utama dan Fazura memegang watak Sayang yang juga isteri kepada Pendekar Awang.

Sementara itu, peguam sya­rie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengesahkan pihaknya menerima cadangan penyelesaian itu pada pagi semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya