Penantian lebih dua dekad 164 pembeli Taman Idaman berakhir

Penantian lebih dua dekad 164 pembeli Taman Idaman berakhir

MOHD JAFNI Md. Shukor (kiri) mengiringi Onn Hafiz Ghazi menyampaikan geran hak milik tanah kepada seorang penerima di Balai Raya Kampung Bentong Luar, Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Selepas lebih 20 tahun menanti, seramai 164 pembeli Taman Idaman, di sini mene­rima geran hak milik masing-masing.

Lebih bermakna, geran hak milik berkenaan disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, pada asalnya permohonan dibuat oleh 183 penduduk, namun 19 orang daripadanya gagal dikesan atau tidak dapat melengkapkan dokumen termasuk seorang tidak dapat dihubungi menerusi alamat dan nombor telefon yang diberikan.

Katanya, Taman Idaman dibangunkan di atas tapak berstatus tanah rizab Melayu oleh syarikat swasta sebagaimana perjanjian dengan Kerajaan Negeri Johor pada Oktober 1994.

“Kerajaan negeri bersetuju mengurniakan tanah tersebut kepada pihak pemohon pada 27 Mac 2023 mengikut plot yang dibangunkan oleh sebuah syarikat bagi tujuan perumahan dan perdagangan.

“Isu yang dihadapi oleh pembeli adalah pihak mereka tidak menerima hak milik walaupun menduduki rumah tersebut danmenjelaskan bayaran premium tanah,” katanya selepas menemani Menteri Besar Johor menyampaikan geran hak milik di Balai Raya Kampung Bentong Luar, di sini.

Menurut Mohd. Jafni, bagi pemohon yang belum membuat permohonan plot tanah mereka atau tidak dapat dihubungi, maka plot tanah tersebut hendaklah dikurniakan dan didaf­tarkan ke atas nama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) terlebih dahulu dan diproses secara pindah milik dengan menggunakan Borang 14A (Pindahmilik).

Sementara itu, seorang pe­nerima, Sapiah Mohd. Yusuf, 78, menzahirkan perasaan gembira apabila menerima geran hak milik tersebut telah menamatkan penantiannya selama 21 tahun selepas menduduki kediaman itu.

“Apa yang dapat dipesan kepada anak-anak adalah agar menjadikan kediaman sebagai harta pusaka keluarga dan ja­ngan sesekali dijual,” katanya yang tinggal bersama anak, menantu dan seorang cucu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya