Pemuda UMNO Arau redah banjir sampaikan bantuan - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Arau redah banjir sampaikan bantuan

AHMAD Nazrin Abdul Aziz (baju merah) bersama ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Arau meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pemuda UMNO Bahagian Arau bertindak pantas meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas dengan bencana tersebut sejak malam tadi.

Pemuda UMNO Bahagian Arau yang diketuai pemangku Ketua Pemudanya, Ahmad Nazrin Abdul Aziz meredah banjir bersama ahli jawatankuasa sayap pemuda bahagian itu bagi menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa di 30 buah rumah di Kampung Jelempok dan Paloh di sini hari ini.

Mereka juga sentiasa bersiap sedia bagi membantu mangsa terlibat memandangkan banjir dijangka bertambah buruk ekoran hujan yang masih berterusan di negeri ini.

Setakat pukul 5 petang hari ini, sebanyak 45 mangsa membabitkan 15 keluarga telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka Sekolah Kebangsaan (SK) Arau dan SK Sena.

Ahmad Nazrin berkata, Pemuda UMNO Arau sentiasa berada dalam keadaan siap sedia bagi membantu mangsa yang terlibat.

Katanya, mangsa banjir dijangka meningkat berikutan hujan yang masih berterusan.

“Kita (Pemuda UMNO Arau) sentiasa cakna dalam membantu mangsa-mangsa yang terjejas ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN