Pemuda Palestin tayang badan paling sado - Utusan Malaysia

Pemuda Palestin tayang badan paling sado

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Di sebalik serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, sekumpulan pemuda Palestin sempat meluangkan masa menyertai pertandingan individu bertubuh tegap dan sasa.

Beberapa koleksi gambar yang disiarkan oleh AFP menunjukkan pertandingan itu dianjurkan di kem pelarian Nuseirat yang menempatkan pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Kem itu terletak di tengah Gaza dan sering menjadi sasaran Israel atas tiket kononnya menyerang pejuang Hamas.

Gambar pertandingan itu dirakamkan 30 Ogos lalu dengan kesemua peserta kelihatan ceria menyertai acara tersebut. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN