Pempengaruh Alif Teega akan didakwa di mahkamah esok

Pempengaruh Alif Teega akan didakwa di mahkamah esok

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh Mohd. Hazalif Mohd. Hazani atau dikenali sebagai Alif Teega akan didakwa di mahkamah, esok.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui aplikasi TikTok agensi itu.

“SPRM mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal dikenali  Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, Alif Teega akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, hanya Alif Teega yang akan didakwa esok mengikut seksyen berkenaan. 

Pada 11 Julai lalu, Alif Teega, 30, dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26 direman empat hari.

Pasangan suami isteri itu ditahan SPRM susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.

Pasangan itu tular di media sosial selepas terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN