Peminat Indonesia juga rindu Fattah dan Fazura - Utusan Malaysia

Peminat Indonesia juga rindu Fattah dan Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rindu peminat untuk melihat pelakon, Nur Fazura Sharifuddin dan suaminya, Fattah Amin bersama di media sosial terubat meskipun hanya menerusi video promosi sedutan filem yang dilakonkan pasangan tersebut, Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah yang dimuat naik di media sosial.

Malah, video berkenaan, yang di pertontonkan di akaun Instagram Fattah, menuai rasa lega dan gembira bukan sahaja peminat tempatan, malah pencinta dari Indonesia yang selama ini turut berteka-teki mengenai status perkahwinan pasangan ini.

“Masya-Allah, senang sangat dan lega hati ini tengok Fazura dengan suami, barakallah.

“Ini bisa legakan hati saya yang gelisah dengan berita fitnah pasal rumah tangga mereka.

“Semoga mereka dalam rahmat Allah dan semoga sakinah mawaddah selalu. Salam dari Indonesia,” tulis Syauqi Jamela.

Status rumah tangga Fazura dan Fattah sebelum ini menjadi sorotan selepas timbul dakwaan kemunculan orang ketiga yang menggoncang keharmonian perkahwinan mereka.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut adalah apabila kedua pasangan suami isteri itu tidak lagi memuat naik foto bersama di media sosial.

Meskipun Fazura sebelum ini menjelaskan hubungan mereka kekal harmoni namun tidak berkongsi kebahagiaan di media sosial bagi menghormati sensitiviti isu Palestin, peminat tetap berspekulasi dan tertanya-tanya apatah lagi Fattah terus mengunci mulut mengenai dakwaan-dakwaan tersebut.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah sah bergelar suami isteri pada November 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya