Pemimpin politik perlu manfaatkan kestabilan politik - Anwar

Pemimpin politik perlu manfaatkan kestabilan politik – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang di Pekarangan Boulevard Mall, Miri, Sarawak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin politik perlu memanfaatkan kestabilan politik ketika ini sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat dan bukan untuk disalah guna bagi memperkukuh kedudukan peribadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan nilai mata wang ringgit, pengangguran berkurangan dan inflasi lebih terkawal membolehkan kerajaan semasa menumpukan usaha untuk membangunkan rakyat.

“Masih ada orang politik yang sudah agak terdesak, lemas apabila mereka melihat ekonomi berkembang, ringgit kian kukuh, tahap pengangguran berkurangan, peluang pekerjaan meningkat dan inflasi lebih terkawal.

“Maka jalan keluar untuk mereka adalah dengan menghasut (orang ramai) supaya timbul kebencian antara kaum serta kegelisahan kerana perbezaan fahaman agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang di Miri, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, menguruskan negara berbilang kaum, agama dan wilayah bukan perkara mudah, malah ia perlu dipastikan untuk terus kekal aman.

“Rakyat harus pilih, mahu jadikan ini satu kesatuan yang boleh membangkitkan ekonomi dan membela nasib rakyat atau menimbulkan politik pecah-belah, adu domba dan huru hara.

“Saban hari dalam media tempatan, (isu ini) tidak selesai kerana percaturan politik yang berlebihan, yang kita anggap terlanjur daripada tunggak untuk menyatukan rakyat dan membela nasib mereka.

“Kadangkala rakan ahli politik di Semenanjung perlu belajar daripada rakan ahli politik di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN