Pemilik kereta dakwa tidak sedar anjing terikat pada but

Pemilik kereta dakwa tidak sedar anjing terikat pada but

TANGKAP layar satu rakaman video menunjukkan keadaan seekor anjing yang terikat dan diseret oleh sebuah kereta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Pemilik kereta yang tular kerana membawa seekor anjing yang terikat pada bahagian but kenderaan terbabit semalam mendakwa tidak menyedari kejadian itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, terdahulu, polis telah menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut daripada pengadu kira-kira pukul 12.41 tengah malam.

Katanya, pengadu yang sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Kulim, Taman Sentosa di sini ketika itu telah dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengatakan bahawa terdapat seekor anjing yang diikat di belakang kenderaannya.

“Pengadu kemudiannya turun dari kenderaan dan mendapati, anjingnya yang terikat sebelum menghubungi isterinya.

“Dia kemudiannya dimaklumkan bahawa anjing itu diikat oleh adik iparnya bagi mengelakkan ia berkeliaran ke rumah jiran.

“Pengadu mengaku kecuaiannya dan tiada niat untuk menganiayai anjing tersebut serta memohon maaf kepada orang ramai atas kekhilafannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Helmi, ekoran kejadian tersebut, haiwan itu dikatakan mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan telah dibawa ke klinik untuk rawatan.

“Siasatan mendapati, pengadu adalah pemilik berdaftar anjing terbabit dan kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar Pulau Pinang serta disiasat di bawah Seksyen 29(1) E Akta Kebajikan Haiwan 2015 oleh pegawai penguatkuasa Veterinar negeri.

Terdahulu, tular dua video berdurasi lebih dua saat dan tujuh saat menerusi laman Facebook ‘Our Lovely Bukit Mertajam’ yang memaparkan keadaan seekor anjing berwarna coklat yang terikat pada belakang but sebuah kereta jenis Proton Saga.

Video terbabit mendapat kecaman netizen yang mahu pemilik kenderaan tampil memberi keterangan berhubung kejadian sebenar berlaku di media sosial.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN