Pemenang Ratu Cantik Nigeria fobia akibat masalah kerakyatan

Pemenang Ratu Cantik Nigeria fobia akibat masalah kerakyatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Seorang bekas peserta Ratu Cantik Afrika Selatan yang berdepan masalah kewarganegaraan dinobatkan sebagai Miss Universe Nigeria semalam, selepas mengharungi tempoh yang mencabar.

Chidimma Adetshina, 23, yang mempunyai bapa berasal dari Nigeria di Afrika Selatan, sebelum ini, menarik diri dari pertandingan ratu cantik itu atas faktor keselamatan dan kesejahteraan keluarganya selepas mendapat reaksi balas yang mendedahkan sentimen anti-orang asing di Afrika Selatan.

“Perjalanan ini menjadi tempoh yang sukar bagi saya. Namun, saya sangat bangga dengan diri sendiri dan benar-benar bersyukur atas kasih sayang dan sokongan yang diterima.

“Ini adalah sesuatu yang saya sentiasa inginkan, dan saya sangat gembira kerana mendapat peluang kedua untuk mencapainya,” kata Adetshina kepada AFP sejurus dinobatkan sebagai ratu cantik di Lagos, ibu kota Nigeria.

Mempunyai darah Nigeria menyebabkan wanita ini berdepan serangan xenofobik sehingga mencetuskan kontroversi apabila dirinya diumumkan sebagai finalis Ratu Cantik Afrika Selatan, Julai lalu.

Kontroversi itu semakin panas dengan timbul dakwaan ibunya mungkin mencuri identiti seorang wanita Afrika Selatan, yang menyebabkan kerajaan terpaksa melakukan siasatan.

Walaupun tidak berada di Nigeria selama 20 tahun, penganjur pertandingan Nigeria menjemputnya untuk menyertai pertandingan akhir, melihatnya sebagai peluang
untuk ‘mewakili tanah asal bapanya di pentas antarabangsa.’ -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN