PUTRAJAYA: Malaysia tersasar dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik meskipun sudah merangka dua pelan sebagai panduan untuk menangani isu pencemarannya di negara ini. Kerajaan sebelum ini menggariskan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 sebagai usaha menangani masalah lambakan pembuangan plastik khususnya di lautan. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bagaimanapun pelaksanaan kedua-dua agenda itu sedikit ‘lari’ daripada objektif asal ekoran pandemik Covid-19 yang menyaksikan penggunaan plastik terus meningkat sekali gus menjadi penyumbang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya