Pelakon wanita popular Korea Selatan akhiri zaman solo - Utusan Malaysia

Pelakon wanita popular Korea Selatan akhiri zaman solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau dahulu, bukan main lagi senyap-senyap bercinta. Apa lagi jika mahu ambil keputusan berkahwin, lama betul para artis memikirkan bila masa sesuai untuk umumkan sudah melangkah ke alam baru. 

Kini, nampaknya industri hiburan Korea Selatan juga sudah berubah dan para peminat sudah lebih terbuka. Semakin ramai artis popular memilih mengakhiri zaman solo ketika kerjaya sedang memuncak seperti So Ye-jin dan Park Shin-hae sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada artis lain mengikuti jejak serupa. 

Tahun ini sahaja, kita sudah menyaksikan ramai artis wanita popular Korea Selatan mengumumkan perkahwinan mereka. Berikut kami senaraikan siapakah individu bertuah yang bertemu belahan hati 

 HAN YE-SEUL 

Sebelum ini pelakon Birth of Beauty ini memang sudah menjadi sorotan kerana mempunyai kekasih yang berusia 10 tahun lebih muda daripadanya.

Namun siapa sangka, hubungan mereka menjadi lebih serius sehingga Han mengumumkan bahawa mereka berdua sudah mendaftarkan perkahwinan mereka menerusi sebuah video di laman YouTube, Mei lalu. “Saya selalu rasa kekasih saya ialah belahan jiwa saya.

Pada saya, kahwin atau tidak bukanlah perkara yang penting. Tapi saya fikir perkahwinan ialah sebuah pembuktian kepada umum betapa seriusnya hubungan kami.

“Saya sekarang seorang isteri,” katanya dalam video tersebut.

SONG JI-EUN 

Perkahwinan yang mencuri tumpuan tahun ini ialah pelakon Song Ji-eun yang berkahwin dengan kekasihnya, lelaki berkerusi roda bernama Park We. Song mengumumkan majlis mereka akan berlangsung pada 9 Oktober ini.

Cerita mengenai perkahwinan mereka sudah pun berlegar apabila Song menangkap sejambak bunga semasa majlis perkahwinan sahabatnya dalam busana pemberian bakal ibu mentua. Park We merupakan seorang bekas pemain bola sepak sebelum mengalami kecederaan pada saraf tunjang menyebabkannya lumpuh.

Sejak itu, Park mula membuat akaun YouTube bernama Weracle untuk memberi motivasi kepada mereka yang berkerusi roda.

 JO BO-AH

Siapalah yang tidak mengenali pelakon utama drama popular Innocent Thing dan Tale of the Nine ini. Menjejaki usia 33 tahun, Jo mengumumkan bakal mengakhiri zaman solonya bersama seorang jejaka Oktober ini menerusi sebuah temu ramah eksklusif di syarikat penyiaran JTBC.

Walaupun tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut, Jo bagaimanapun memaklumkan pilihan hatinya bukanlah seorang selebriti. Menurut Jo, dia memang sudah lama menyimpan hasrat untuk berkahwin dan mempunyai anak setelah memasuki usia 30-an.

 HYUNA

Merupakan pasangan kontroversi di Korea Selatan memandangkan bakal suami HyunA iaitu Jun Hyung terlibat dengan isu Burning Sun. Pada 2 September lalu, HyunA memuat naik foto pra-perkahwinannya denfan Jun Hyung dan mendapat respons yang pelbagai daripada peminat. Agensi bakatnya, AT AREA juga mengesahkan pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan bulan hadapan selain mengatakan HyunA ada di setiap masa sukar Jun Hyung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya