Pelajar sekolah berasrama penuh dilaporkan hilang - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah berasrama penuh dilaporkan hilang

FATIN DARYNN ERISHA AZMIRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dari sebuah sekolah berasrama penuh di sini dilaporkan hilang setelah dipercayai menghilangkan diri dari asrama sekolah itu pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan pelajar terlibat, Fatin Darynn Erisha Azmirudin pada pukul 7.20 malam semalam.

“Remaja tersebut disedari hilang oleh guru sekolah berkenaan setelah tidak hadir ke kelas. Menyedari ketiadaan mangsa, laporan polis dibuat oleh guru berkenaan.

“Mangsa yang beralamat di Taman Tiara Paka, Dungun dipercayai telah menghilangkan diri dari asrama pada Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi, petang ini.

Tambah beliau, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil.

Katanya, sebarang info boleh disalurkan di balai polis berdekatan atau menghubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di talian 09-6812419. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya