Pelajar Orang Asli buka mata masyarakat mereka  mampu belajar tinggi Pelajar Orang Asli buka mata masyarakat mereka  mampu belajar tinggi

Pelajar Orang Asli buka mata masyarakat mereka  mampu belajar tinggi

SELANGOR, 28 SEPTEMBER 2024 - Syaflin Kimieadley Rosli, 19, bersama keluarga sedang mengangkat barang-barang semasa tinjaun ke Kolej Pendeta Zaaba bersempena majlis pendaftaran pelajar UKM sesi 2024/2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, di sini, hari ini. Gambar ILHAM ZAKARIA / PEMBERITA ; SYAHIRAH (UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Pelajar Orang Asli ingin membuka mata masyarakat bahawa menjadi orang kampung bukan sebagai halangan untuk mereka sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

Seorang pelajar baharu jurusan Pendidikan Khas, Nur Akliyah Amin, 20, berkata, masih ramai beranggapan bahawa Orang Asli dan orang kelainan upaya (OKU) tidak berpeluang untuk menyambung  belajar. 

“Masih ramai Orang Asli dan orang OKU tidak dihantar ke sekolah. Saya ingin sambung belajar dalam bidang Pendidikan Khas bagi membuka mata orang ramai bahawa Orang Asli dan OKU juga mempunyai cita-cita sendiri,” katanya. 

Syaflin Kimieadley Rosli, 19, pula berkata, beliau melanjutkan pengajian kerana ingin memperkenalkan suku kaumnya yang sehingga hari ini masih tidak tersenarai dalam 18 suku Orang Asli yang utama di Semenanjung Malaysia.

“Masyarakat Orang Asli sering berdepan dengan pelbagai cabaran, terutamanya dari sudut persepsi masyarakat terhadap kemampuan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Saya juga sering dianggap tidak mampu melanjutkan pelajaran kerana latar belakang saya sebagai Orang Asli.

Mengulas lanjut, Syaflin Kimieadley berkata, beliau berharap lebih ramai komuniti Orang Asli menyedari tentang kepentingan pendidikan tinggi.

“Melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bukan sahaja memartabatkan suku Orang Asli, tetapi juga membantu merapatkan jurang sosial di Malaysia. 

“Ini adalah peluang untuk membuktikan bahawa Orang Asli juga mampu bersaing dan mencapai kejayaan dalam pendidikan,” katanya.

Terdahulu, UKM menerima seramai 6,718 pelajar baharu bagi pengambilan Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, pada tahun ini UKM telah menerima sebanyak 86,364 permohonan. 

“Daripada 6,718 pelajar baharu yang mendaftar, seramai 1,803 pelajar kemasukan baharu ke UKM adalah daripada keluarga B40. 

“Manakala seramai 303 orang pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan B10 iaitu kurang RM1,000 sebulan,” katanya. 

Pelajar baharu akan menjalani program suai kenal iaitu Minggu Apresiasi Watan (MAW) bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN